KUALA LUMPUR: Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN sebagai sebahagian daripada rancangan perniagaan lima tahun akan datang.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Capital A Tan Sri Tony Fernandes berkata Aviation Services yang tidak mempunyai pegangan saham dalam AirAsia Group, boleh menumpukan kepada pemilikan lapangan terbang kerana ia adalah masa yang sesuai untuk berada dalam perniagaan lapangan terbang dengan reformasi semasa yang dilihat di rantau ini.
Aviation Services, yang bertujuan untuk menjadi ekosistem sokongan penerbangan sehenti terkemuka Asean, adalah di antara lima cabang di bawah Capital A, iaitu Aviation Group, Teleport, Move Digital dan Capital A International.
"Mereka (lapangan terbang) pada umumnya adalah dimiliki secara monopoli tetapi kini semua orang menjual lapangan terbang mereka atau membawa masuk pelabur ke dalam sektor itu.
"Saya pasti Capital A Aviation Services akan melihat pasaran secara pajakan dan mungkin juga membeli lapangan terbang. Secara peribadi, saya sentiasa mahu memiliki lapangan terbang dan saya mahu AirAsia memiliki lapangan terbangnya sendiri," katanya semasa taklimat media mengenai rancangan lima tahun kumpulan itu hari ini.
Tony mengulas mengenai rancangan Capital A untuk melabur dalam lapangan terbang atau kemudahan baharu di Thailand berikutan perbincangan dengan Perdana Menteri Thai Srettha Thavisin pada Januari, bertujuan untuk meningkatkan perjalanan udara dan meletakkan Thailand sebagai hab penerbangan serantau.
Mengenai perkembangan SriLankan Airlines, beliau menjelaskan bahawa AirAsia Consulting, yang beroperasi di bawah Capital A Aviation Services, telah mengemukakan bidaan untuk membeli syarikat penerbangan itu dan akan mengumpul modalnya sendiri jika berjaya.
"AirAsia tidak membeli SriLankan Airlines," jelas beliau.
Sepanjang 23 tahun yang lalu, beliau berkata Capital A telah dibina melalui banyak pengalaman dan banyak syarikat penerbangan mendapatkan bantuan daripada kumpulan itu untuk mewujudkan syarikat penerbangan tambang rendah.
"Jadi, kami telah mewujudkan syarikat yang dipanggil AirAsia Consulting dan salah satu matlamatnya adalah untuk berpotensi mengambil bahagian dalam syarikat penerbangan yang berada di luar kumpulan AirAsia bagi mewujudkan syarikat penerbangan francais," katanya sambil menambah syarikat itu adalah semata-mata memberi perkhidmatan perundingan.
AirAsia Consulting adalah di antara enam pembida bagi mendapatkan syarikat penerbangan kendalian kerajaan Sri Lanka iaitu SriLankan Airlines, sebagai sebahagian daripada usaha negara berkenaan untuk mengurangkan kerugian yang ditanggung oleh syarikat milik kerajaan di bawah program Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) yang bernilai US$2.9 bilion (RM13.8 bilion).
Ketua Pegawai Eksekutifnya Subashini Silvadas berkata proses pembidaan dijangka selesai menjelang Ogos dengan usaha wajar akan diselesaikan menjelang Julai.
"Kami fikir ia adalah satu proses yang baik tetapi pada peringkat ini, ia masih awal untuk kami memberikan maklumat lanjut.
Semalam, Bernama melaporkan AirAsia Consulting sedang merancang meneruskan libat urus dengan International Finance Corporation (IFC) yang diberi mandat menasihati kerajaan Sri Lanka berhubung pelupusan syarikat penerbangan SriLankan Airlines Ltd.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 24 2024
Tony berkata Aviation Services yang tidak mempunyai pegangan saham dalam AirAsia Group, boleh menumpukan kepada pemilikan lapangan terbang. - Gambar fail/Reuters
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Capital A zahirkan minat beli lapangan terbang di ASEAN
Aviation Services iaitu perkhidmatan penerbangan di bawah Capital A Bhd menzahirkan minat memiliki lapangan terbang di seluruh ASEAN.
Tony Fernandes lanjut kontrak 5 tahun sebagai CEO Capital A
CEO Capital A Bhd Tony Fernandes telah menandatangani kontrak perkhidmatan baharu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Pesawat Airbus A321LR jadi pilihan pengembangan armada AirAsia
Fernandes berkata, daripada 362 pesawat A321neo (pilihan enjin baharu), 36 pesawat telah ditukar kepada A321LR (jarak jauh).
Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Thailand merancang menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi.
Capital A cadang lupus perniagaan penerbangan kepada AirAsia X
Tony Fernandes berkata langkah strategik itu bertujuan memperkemas operasi kumpulan itu dan memudahkan penilaian berteraskan perniagaan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada Tony Fernandes, Abdul Manan
Al-Sultan Abdullah zahirkan ucapan tahniah kepada Tony Fernandes atas kejayaan dinobatkan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Asia Pasifik.
Tony Fernandes dipilih Ketua Pegawai Eksekutif Terbaik Asia Pasifik 2023
Kamarudin berkata pencapaian hebat ini mencerminkan usaha keras, ketabahan dan dedikasi seluruh kru dan kakitangan Capital A.
Tony Fernandes hadiri mesyuarat virtual tanpa memakai baju, siap berurut!
Kisah Tony Fernandes tidak pakai baju semasa menghadiri mesyuarat virtual mengundang perbahasan dalam kalangan netizen.
Mengapa syarikat penerbangan tidak boleh bekerjasama? - Tony Fernandes
Syarikat penerbangan disaran menjalin kerjasama agar dapat memacu sektor pelancongan yang berperanan besar dalam memangkin pertumbuhan ekonomi negara.
Move Digital kini jenama baharu bagi airasia Digital
Cabang digital Capital A Bhd, airasia Digital Sdn Bhd, dijenamakan semula sebagai Move Digital Sdn Bhd sekali gus menjadi langkah strategik bagi menekankan komitmennya terhadap perjalanan.